Friday, 30 March 2012

MMC-GAMUDA DAPAT KONTRAK 8.2 BILION





KUALA LUMPUR 20 Mac - Syarikat kerjasama MMC Corporation dan Gamuda Bhd. (MMC-Gamuda) dianugerahkan kontrak bernilai RM8.2 bilion oleh Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp).

MRT Corp. dalam kenyataannya berkata, syarikat kerjasama itu dipilih kerana menawarkan harga paling kompetitif bagi kerja-kerja rekaan dan membina terowong bawah tanah sejauh 9.5 kilometer dan tujuh stesen bawah tanah.

Keputusan itu dibuat pada mesyuarat Jawatankuasa Pemerolehan Sehenti (OSPC) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam.

"MMC-Gamuda dipilih berdasarkan kekuatan mereka dalam rekaan, pembinaan, perkakasan mengorek dan metodologi pembinaan stesen menebuk.

"Syarikat itu juga dipilih kerana pengalamannya dalam menguruskan projek SMART," kata kenyataan itu.

Penilaian akhir menunjukkan syarikat kerjasama MMC-Gamuda adalah dinilai sebagai tender terbaik yang menawarkan kriteria teknikal dan bidaan terbaik adalah 3.4 peratus lebih rendah berbanding tawaran kedua terendah.

MMC-Gamuda adalah di antara lima syarikat kerjasama yang menerima prakelayakan dalam kriteria untuk melakukan tender pakej bawah tanah untuk projek MRT.

Lain-lain pesaing ialah syarikat kerjasama Hyundai-Gadang-Chengai Jaya, Taisei Corp, Sinohydro Group Ltd., dan China Railway Group Ltd. Kelima-lima syarikat itu menyertai tender yang dibuka pada 27 Oktober 2011 dan ditutup pada 27 Januari 2012.


Bagus lah syarikat tempatan dapat projek ini. Semua orang tahu MMC memang berpengalaman dalam projek keretapi dan terowong. cumanya kalau dah MMC tu satu syarikat berpengalaman tak perlulah gimik tender ini. Beri sahaja "direct nego". 

semua orang tahupun MMC GAMUDA akan menang tender ini. Jadi tender ini gimik sahaja. Kalau dah 4 syarikat yang menyertai tender tu orang luar tentulah gamuda yang menang tender. Ini dipanggil  " Truistik". sesuatu sepatutnya tidak payah dibahaskan atau didebatkan. siapa boleh lawan syarikat besar  milik bumiputera ini?