Monday 24 February 2014

BTN Dah kena! Penyiasatan TKSU JPM didedahkan

Episod pendedahan blog Sanggah Tok Janggut Kesempatan bedal dan belit di Kajang.-apakah PM akan terus di perbodohkan?Tahniah TKSU JPM! telah mendedahkan 3 pemimpin utama BTN dan seorang pengarah cawangan dipanggil daam siasatan TKSU JPM. 

Tahniah TKSU JPM dengan keberanian membongkar kebenaran yang dikemukakan oleh rakyat.


Thursday 11 April 2013

MUSTAPHA ALI DAH KENA!


Satu lagi pemimpin masuk jala. Semua Video masuk carta. Penonton pula tak sabar melihat apa yang berlaku. Video yang pernah terhangat dipasaran

1).  Chua Soi Lek (MCA/BN)
2). Anwar Ibrahim dengan Wanita  dan lelaki.

Kini lebih hangat sebab dari Pemimpin utama Parti Islam Semalaysia (PAS).  Seperti Chua Soi Lek dikatakan Mustapha Ali di perangkap oleh teamnya sendiri. Nampaknya ada musuh dalam selimut. Berikut beberapa gambar yang dimuat turun oleh blog http://hapraknews.blogspot.com



Apa agaknya komen Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat berkenaan perkara ini?

Nampaknya tiada pemimpin yang paling suci dan bebas dari masalah moral seks. Jika BN kaitkan dengan Chua Soi Lek, Anwar dengan Homo dan perempuannya, kini PAS pula. 1 BN- 2 Anwar dan 1 PAS. 

Kepada yang belum videonya tidak disiarkan pandai-pandailah. Jangan jadi orang politik dan artis di Malaysia ni. cepat kena pasang perangkap.

mesejnya semua orang tak sempurna....


Saturday 6 April 2013

JIKA ABIM DIPERGUNAKAN MENGAPA BTN BAGI BANTUAN DANA?




"KUALA LUMPUR 5 April - Tokoh akademik, Prof. Datuk Dr. Sidek Baba kesal dengan perjuangan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang kini dipergunakan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya umum kali ini.

Menurut beliau, kecenderungan itu memberi impak kepada hala tuju perjuangan ABIM sebagai sebuah badan dakwah dan tarbiah yang sepatutnya tidak berpihak pada mana-mana parti politik sebagaimana pendirian pertubuhan tersebut selama ini.

Lebih mengejutkan, kata beliau, bekas pemimpin serta aktivis ABIM itu masih sanggup bersama-sama perjuangan Anwar walaupun kredibiliti serta integriti moral dan pegangan agama pemimpin pembangkang berkenaan terbukti telah tercalar selama ini.

Beliau diminta mengulas pemilihan aktivis ABIM, Datuk Idris Jauzi sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Parlimen Batu Pahat pada pilihan raya umum kali ini, seperti diumumkan Anwar"

Raja Arif
KP BTN
Kalau Tokoh akademik, Prof. Datuk Dr. Sidek Baba mengatakan ABIM di pergunakan oleh Anwar. Dato Raja Arif kena menjawab mengapa BTN menyalurkana dana kepada ABIM dalam programnya?

Mengapa BTN membawa golongan aktivis ABIM dalam siri ceramah dan tenaga penggeraknya? 

Mengapa BTN menerbitkan atau mengedar penulisan ABIM
Buku penulis ABIM yang diedarkan
kepada Pegawai BTN
kepada peserta kursus atau dalam usrah mereka?


Mengapa BTN mengumpul semua pegawai-pegawai yang berlatar belakangkan ABIM melalui kedua-kedua Timbalan KP BTN sekarang? 

Mengapa BTN menyalurkan dana kepada ABIM dalam programnya? Apakah BTN  buta?

Apakah Raja Arif KP BTN tidak peka? atau sengaja buat bodoh?






Sunday 31 March 2013

BTN Hilang “taring” dominasi “Musang berbulu Ayam” merosakkan BTN?



Siapa tidak kenal BTN? Semua pasti tahu. Kalau kita “search” carian enjin dalam internet mengenainya berlambak-lambak info berkaitan yang dipaparkan mengenai BTN. Bagi pembangkang BTN dianggap sebagai 'sesi membasuh otak', pemupuk semangat perkauman, anjing BN dan lain-lain lagi. Pendek kata pembangkang yang marah sebenarnya terasa dengan “berkesannya” program BTN itu. Jika begitu tidak hairanlah suatu ketika pemimpin seperti Anwar Ibrahim, Tun Dr Mahathir, Tun Abdullah Badawi memanfaatkannya.

Apakah jadi sekarang mengenai BTN? Kalau dulu  pembangkang menyerang BTN habis-habisan sehingga diharamkan oleh negeri-negeri pembangkang. Namun kini BTN sebaliknya diserang sendiri oleh pejuang-pejuang BN dalam media dan blog-blog. Mengapa?

Mari kita lihat beberapa petikan yang saya dapat petik dari beberapa blog. Selepas itu kita nilaikan kenapa? . Apakah faktor agensi itu sendiri atau individu yang menjadi kepala kepada agensi itu? “Kalau tak ada angin bertiup, tak kan pokok bergoyang”


“Raja Arif,Ketua Pengarah BTN yang kerana tidak sampai sehari selepas artikel ini yang mendedahkan akan berlaku perubahan berasaskan Grand Design ABIM,hari ini telah dilaksanakan pertukaran dan perpindahan pegawai-pegawai Biro Tata Negara ke merata tempat dan negeri tanpa mengambil kira kesan-kesan terhadap keluarga yang mereka terpaksa tinggalkan serta factor-faktor lain demi untuk menjayakan rancangan membawa masuk kumpulan-kumpulan ABIM,akhirnya ramai kakitangan dan pegawai BTN menjadi mangsa kerakusan menunjuk kuasa oleh Raja Arif.”

“Kepada yang bukan ABIM nasib mereka tidak dibela oleh Raja Arif tetapi dari kalangan bekas ahli ABIM dinaikkan pangkat walaupun baru setahun berkhidmat dan sebagai contoh,Dr  Roslan dari ABIM yang telah telah disahkan oleh UMNO Perak sbg pengkhianat UMNO telah dinaikkan  gred 52 dlm tempuh 1 tahun”


Apa yg berlaku sekarang, Ketua Pengarah BTN Raja Arif boleh bertindak apa sahaja tanpa merujuk kepada Ahmad Maslan Timbalan Menteri yang bertanggungjawab dimana di waktu agensi sedang membuat plan taktikal membantu kerajaan menghadapi PRU13,BTN pula sedang sibuk membuat agenda sendiri.
Antara agenda ialah memastikan Ketua Pengarah BTN dipilih sebagai calon untuk bertanding di Parlimen Kuala Nerus dan sebab itulah Parlimen ini menjadi sasaran utama kumpulan gerak kerja BTN hinggakan untuk memastikan beliau mendapat sokongan, Puteri UMNO Bahagian ditaja tiket penerbangan manakala Ahli Jawatankuasa UMNO Kuala Nerus bergerombolan melawat Sabah serta Pemuda UMNO Bahagian pula ke Thailand dengan semua perbelanjaan ditanggung oleh BTN. Kenapa BTN double standard? Mengapa kepimpinan Bahagian Kuala Nerus sahaja yang dapat keistimewaan ini?
Manakala Raja Arif pula sedang bergerak khusus di Terengganu menyusun calon-calon khususnya kawan beliau daripada Angkatan Belia Islam (ABIM) dan ibu pejabat BTN dijadikan pusat himpunan anggota ABIM biarpun mereka tetap menyokong pembangkang namun atas nama ABIM,mereka ini boleh duduk bersama dan dibayar secara bulanan seperti Dr Wan Mohd Nor. Persoalannya atas geran manakah mereka ini dibayar gaji ataupun elaun?
Kumpulan ABIM yang sedang berdepan dengan masalah kewangan seperti Ustaz Zahidin Mahmud,Rosli Abdullah diberikan juga bayaran bulanan apabila mereka ini berhubung dengan Haji Hanafi,Timbalan Ketua Pengarah (Latihan).
Kesibukan Raja Arif dengan politik peribadi ini lah yang makin membuka peluang kepada Haji Hanafi dan Haji Mokhtar,Timbalan Ketua Pengarah (Pentadbiran) menyalur dana kepada rangkaian ABIM malah bukan sahaja dalam memberi kontrak dan menyediakan bahan-bahan BTN malah kini makin melonjaklah pula syarikat anak abah dalam BTN dan anak abah ini bukan sahaja dapat kenaikan Gred 52 secara tiba-tiba,suami kepada anak abah ini yang juga kakitangan BTN dan masih BTN menjadi antara kontraktor yang paling berjaya hasil hubungan anak abah dengan Haji Mokhtar.
Najib harus tahu bahawa Timbalan Menteri iaitu Ahmad Maslan yang bertanggungjawab menguruskan BTN telah gagal. Ketika seluruh pemimpin sedang fokus berfikir mencari kemenangan 2\3 untuk kerajaan dalam PRU13, Ketua Pengarah dan pengurusan BTN mengambil sikap sebaliknya.


Kemuncak panas menggaitkan BTN apabila artikel Dato’ Zaini Hassan, Ketua Penolong Pengarang Utusan menulis artikel bertajuk “Musang berbulu ayam dalam badan-badan strategic kerajaan?”.

Saya tidak hendak memberikan contoh yang lebih banyak, tetapi saudara perhatikanlah sendiri bagaimanakah ada agensi Kerajaan Persekutuan (dirahsiakan namanya) yang tugas pentingnya mempertahankan dasar-dasar kerajaan, memberi kefahaman kepada rakyat supaya akhirnya mereka memberikan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri, boleh pula menerapkan, menyerapkan malah menggunakan instrumen pembangkang yang berusaha mematikan Perdana Menteri





Mereka yang masih taat dan mendukung perjuangan petualang negara Anwar “ Mat King Leather” Ibrahim bukan sahaja bebas berkeliaran dalam, malah kini berada dalam kedudukan amat strategik, peringkat merancang dan pelaksanaan Dasar Kerajaan Persekutuan.


Tak payah kami ungkit cerita lama kerana kononnya cerita lama tidak releven. Tak payah kami cerita apa yang diperkatakan oleh sahabat atau pembantu dan penyokong lama BTN. Kami nak tanya mengenai dokumen-dokumen berikut:

Ini adalah risalah yang disebarkan oleh BTN dan disunting of Dato Sahlan Nasution, abang kepada Saifuddin Nasution yang bekerja di pejabat Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Abdul Razak.

Kenapa kontrak percetakan diberikan kepada Ilham Baru Publication Sdn Bhd yang berkongsi alamat dan tidak tolak kemungkinan mereka adalah kumpulan sama dengan anak syarikat IKD, Institiut Kajian Dasar yang diketuai oleh Khalid Jaafar dan dibiayai Kamaruddin Jaafar?



Bukan itu saja, kalau tindakan ini satu kesilapan bagi edisi pertama kita boleh toleransi. Kenapa masih diberi juga kepada syarikat rakan IKD yang sama pada penerbitan kedua setelah disedari?





Tentera upahan siapa? KSN mungkin tak tahu


Sama ada di blog atau FB, penyerang (dipercayai orang UMNO sendiri) yang mengkritik BTN, bukanlah menyerang BTN sebagai sebuah agensi, TETAPI lebih kepada menyerang individu tertentu iaitu Raja Arif selaku Ketua Pengarah, Haji Mokhtar selaku Timbalan Ketua Pengarah (Pentadbiran), Haji Hanafi selaku Timbalan Ketua Pengarah (Latihan) dan komplot ABIM yang masuk secara kontrak dalam BTN dengan gred gaji yang tinggi, sehingga mengenepikan PEGAWAI dan SAHABAT BTN sendiri.


Biro Tata Negara “Kehilangan Tentera” dalam Gerak Saraf

BTN adalah anggota “Majlis Gerak Saraf” Kerajaan yang di ketuai oleh Majlis Keselamatan Negara bersama agensi lain seperti Bahagian Penyelidikan Negara, JASA (Penerangan), Kemas (KKLW), PDRM, MIO, FELDA, dan lain-lain lagi. Pada zaman Tun Mahathir BTN merupakan antara “lead agensi” yang membuat laporan perisikan terus kepada Perdana Menteri mengenai tahap sokongan rakyat kepada kerajaan. Apakah BTN pada kepimpinan Raja Arif memberi laporan yang baik? Dengarnya dalam satu mesyuarat Gerak Saraf Perang Saraf negara hanya BTN sahaja yang tidak dapat memberi laporan tahap sokongan rakyat kepada kerajaan berbanding agensi lain yang dapat berbuat demikian. Kenapa?

Ketika ledakan maklumat penggunaan internet dan blog- BTN telah dapat bersama-sama menggerakkan penyebaran melalui web bermula tahun 2000. Ketika pembangkang menguasai medan penyebaran info melalui web, pejuang-pejuang BTN telah memasuki pentas itu bersama pejuang lain yang masih wujud sehingga sekarang. (tak perlu sebut). BTN pernah mendahului dari agensi lain…Kenapa?

Ketika kerajaan berhadapan dalam PRU demi PRU dan Pilihanraya kecil, penggerak-penggerak BTN penyumbang yang sangat besar. Mereka dihormati dan digeruni oleh rakan-rakan agensi. Laporan mereka lebih ‘fresh’, tepat dan cepat. Tapi sekarang?

BTN cuba mengasingkan diri malah dilihat anti ‘lead agensi’. meeting penting lead agensi BTN hanya menghantar wakil pegawai gred 41 malah lebih malang Abu Nawas BTN iaitu Timbalan Ketua Pengarah Latihan yang menjadi co ordinator Himpunan ABIM dalam BTN telah merendahkan pegawai-pegawai yang bersemangat untuk membantu PRU13 mengeluarkan kenyataan “KITA BTN TAK PERLU TERBABIT DALAM PRU”. Apa makna semua ini sedangkan dalam masa yang sama Abu Nawas ini sedang memperkukuhkan BTN seakan-akan selepas ini BTN akan menjadi `lead agensi; sebagai badan usrah kepada ABIM khususnya anggota-anggota ABIM dalam perkhidmatan awam. Satu isyarat kepada kerajaan apa yang sedang berlaku di dalam BTN.

BTN sudah “Kehilangan Tentera” dalam Gerak Saraf dan Perang Saraf. Pejuang-pejuang sama ada dibuang atau telah berpindah ke tempat lain membawa idea mereka sekali. Tidak percaya cuba senaraikan pegawai BTN dan tenaga pengerak BTN yang benar-benar berpengetahuan mengenai Gerak Saraf, mahir dalam blog/web, design, kepakaran dalam video dan lain-lain. Anda akan terkejut bilangannya sangat sedikit. Setakat Panglima Perang Cyber yang dilantik menjadi pegawai BTN tentu belum cukup. Kita pun tahu latarbelakangnya siapa. Dipungut dari mana..
Pegawai yang tak pandai buat blog mengaku hebat pun ramai. Tentera-tentera ini sekarang bukan menjawab isu pembangkang yang berbangkit, tetapi sibuk menjawab isu KetuaPengarahnya sebagai orang ABIM, orang Anwar dan bermacam-macam lagi.
Lihat sekarang pejuang-pejuang lama BTN diluar BTN yang sekarang jauh lebih kedepan menentang pembangkang dan Anwar Ibrahim. Saya boleh senaraikannya tetapi demi keselamatan biarlah mereka terus hidup. Mereka hidup demi kerajaan, bangsa dan agama. Bukan demi untuk Raja Arif dan kumpulannya.
BTN sekarang melahirkan “tentera kosong atau tentera zombie" yang mereka ini datang bekerja jam 8.00 pagi dan balik jam 5.30 petang. Hujung bulan mereka menerima gaji. Di tambah tentera zombie dari ABIM yang kita pun tahu gerak kerja mereka bagaimana. Bayangkan pegawai yang kerjanya mengampu dan nak mati kerana Leukimia pun boleh mengganggap hebat untuk sebuah blog yang baru wujud dua hari bagi mempertahankan KP BTN. Bukan untuk negaranya. Apatah lagi sebuah blog yang menggelarkan dirinya sebagai Panglima Cyber, pembela ketuanya. Untuk ini blog di cipta? Menyelamatkan bosnya?
Apa jadi BTN sebagai badan yang disalur dana penting kerajaan?
BTN adalah agensi selain mendapat dana peruntukan biasa tetapi antara angensi mendapat dana khas rahsia kerajaan tanpa di audit oleh kerajaan.  Ramai pegawainya, dan penggeraknya di bayar gaji melalu dana ini. Begitu juga program sulitnya. Suatu ketika disebut ”T_R”. Semua aktiviti rahsianya dibiayai oleh dana ini. 
Apakah akan terjadi sekiranya Ketua Pengarahnya asyik memberi dana ini kepada ABIM dan lain-lain lagi. Membayar gaji kepada pegawai-pegawai pro ABIM. Bagaimana ia disalurkan kepada pihak-pihak tertentu yang menguntungkan kumpulan Anwar Ibrahim tentu amat membahayakan. Bagaimana pula jika penyebaran risalah BTN jika menggunakan alamat IKD melalui bajet ini? atau pembelian buku-buku kumpulan ABIM. seperti tulisan sanggah tok janggut;
Raja Arif ini ...proses mengABIMkan BTN tetap giat dan berjalan aktif seperti biasa dengan pengedaran buku-buku tulisan karyawan ABIM,penganjuran majlis-majlis bersama dengan pemimpin ABIM dan gerakan Usrah setiap Selasa di Rumah Meranti milik BTN. PM Najib boleh mengarahkan orang-orang yang beliau percaya untuk sesekali jenguk di Rumah Meranti itu pada setiap malam Selasa itu dan dapatkan laporan apa pengisian dalam majlis tersebut..
Buku ini di edarkan kepada semua pegawai BTN semasa perjumpaan Pegawai BTN Seluruh Malaysia. Penulis buku ini dari ABIM hadir sendiri memberikan tazkirah Subuh di Bellamy, yang dihadiri oleh Raja Arif, Hanafi dan semua pegawai.
Gerakan politik kumpulan mereka ini tetap berjalan melalui BTN Swasta pimpinan Ahmad Fairuz dan seorang bekas Kapten dengan peruntukan yang tidak diumumkan dalam mesyuarat pengurusan malah pihak Pengarah Negeri sendiri terpaksa akur dan patuh dengan kekuasaan yang di anugerahkan oleh Raja Arif kepada Ahmad Fairus dan apa sahaja maklumat politik dari negeri-negeri perlu melalui tapisan dan sekatan Ahmad Fairus dan mana-mana Pengarah BTN Negeri yang ingkar, pastinya akan dilabel penentang dan musibah bakal menunggu mereka.
Apakah sekarang dana ini akan disalur untuk perisikan di kawasan-kawasan yang KP BTN mahukan? Atau Ahmad Fairuz yang sejak dulu mengetahui dana ini telah sewenang-wenangnya menggunakan untuk kumpulan mereka dalam BTN?
BTN bukan lagi pusat Penggerak Mahasiswa kampus
BTN sangat gemilang pada zaman penguasaan kampus di bawah tangannya. Kerjasama dengan pelbagai agensi seperti Kementerian Pengajian Tinggi, IPTA/S dan Persatuan Mahasiswa. BTNlah antara penyumbang kemenangan mahasiswa aspirasi dalam negara tahun 1990an. Sebab apa? mereka ada pejuang yang ikhlas di depan. Begitulah yang kita dengar sejak dulu. Mereka juga ramai “Kader” yang sekarang ini sudah bertebaran dalam agensi perkhidmatan awam dan sector swasta.
Sekarang?...
BTN sangat lemah. BTN di bawah KP, Raja Arif hanya asyik dengan sentimen Gagasan 1 Malaysianya, menukar logonya menjadi pelik dan cakap meleret tak ada hala tuju dalam ceramahnya. Najib harus tahu bahawa Timbalan Menteri iaitu Ahmad Maslan yang bertanggungjawab menguruskan BTN telah gagal. BTN hanya berkiblatkan Setiausaha Politik PM, Sahlan abang saifuddin Nasotion tu.  Ketika seluruh pemimpin sedang fokus berfikir mencari kemenangan 2\3 untuk kerajaan dalam PRU13, Ketua Pengarah dan pengurusan BTN mengambil sikap sebaliknya. Apakah Ketua Pengarah seperti ini sesuai memimpin agensi penting ini? menghabisan masa keliling Malaysia menjelaskan dasarnya kenapa buang dan pindahkan pegawai dari menjelaskan 'Anwar musuh negara".
Menang PRU kena tukar semua mereka. Kalau mahu kerajaan kembali dalam landasannya. Jika tidak TUTUP SAHAJA BTN ni.

 lain-lain kena baca

BTN- sampai bila mahu pejamkan mata dan pekakkan telinga?

Raja Arif- akhirnya `kulluhum ajmainn’ makan diri..!

Apa kes BTN lagi ni, Ahmad Maslan?


Thursday 28 March 2013

Pemikiran Rendah Timbalan Pengerusi BN Selangor!


Apa punya pemimpin


Pada 23 Mac lalu satu perjumpaan PDM UMNO di  salah  satu Bahagian UMNO Selangor yang dirasmikan oleh YB Dato' Sri Ir Mohd Zin Mohamed, Timbalan Pengerusi BN Selangor

Dalam sesi dialog seorang dari Ketua PDM bertanya di kawasannya terdapat pengundi dari Sabah yang perlu mengundi di PDMnya. Apa jawapan Timbalan Pengerusi BN Selangor.

" Itu kita tengok dahulu mana tahu kalau-kalau pengundi tu pengganas sulu".

Apa punya otak Timbalan Pengerusi BN mewakili Pengerusi BN Selangor ini. Memang otak udang dan tidak bersungguh. Orang nak dapat undi walau satu undi tapi jawab soalan dengan jawapan bodoh. 

Macam ni ke nak dapat undi untuk menang dalam PRU?
Bagaimana tahap pemikiran seorang yang bergelar Timbalan Pengerusi BN Selangor.

Sunday 24 March 2013

Politik "Otak Udang" rosakkan kepentingan rakyat!


Kalau nak ikut gaya orang politik nak dapat sokongan, kadang yang menjadi mangsa adalah rakyat.  Gaya politik "Otak Udang" ni memang tidak menguntungkan rakyat. Kalau kerajaan BN yang bina projek pembangunan mereka kata membazirlah, semua kronilah dan macam-macam lagi. Bila bina jambatan dan jalan maka gaya politik "Otak Udang" inilah yang mengkritik projek berkenaan.

Kalau projek di Negeri Pembangkang  pun begitu... Penyokong BN pula ada  politik "Otak Udang". sebenarnya yang mereka bising-bising ni sebab mereka tak dapat projek tu. Kalau mereka yang dapat maka mereka pertahankan projek. Misal contoh, projek pembinaan tiga lebuhraya dan sebuah terowong dasar laut menghubungkan Persiaran Gurney dan Bagan Ajam Penang. LGE beri pada syarikat Bumiputera juga. 




Ujarnya, setelah berjaya memperolehi projek pembinaan tiga lebuhraya dan sebuah terowong dasar laut menghubungkan Persiaran Gurney dan Bagan Ajam melibatkan peruntukan RM6.3 bilion tidak sepatah pun keluar perkataan dari mulut Lim bertanyakan latar belakang politiknya.

"Ketua Menteri tak tanya pun siapa dan latar belakang politik saya kerana yang dia mahu ialah syarikat boleh buat kerja tidak tipu dan beramanah serta mampu laksanakan projek sehingga berjaya hatta dengan syarikat gabungan mana sekali pun," tegasnya sewaktu diberikan peluang berucap sekaligus mengenepikan tohmahan yang dilemparkan oleh sesetengah pihak dalam program taklimat kepada awam di Dewan Besar Sungai Dua pagi tadi.

Sambungnya, tiada masalah apabila sebuah syarikat bumiputera diberikan mandat sebegitu dan terpulang pada syarikat untuk bergabung syarikat lain asalkan ia menunjukan prestasi dan kejayaan yang baik.


BUCG jelasnya, adalah sebuah syarikat pembinaan terbaik dari Negara China di mana syarikat berkenaan berjaya membina Stadium Olimpik di China, lebuhraya dan sebagainya.
Lagipun sambungnya, kerja-kerja pembinaan itu nanti akan memberikan peluang kepada kontraktor di negeri ini yang dilihat berkemampuan.


Kerajaan Negeri Pulau Pinang pula misalnya, janganlah pula menggagalkan projek "Double Tracking" dan projek perumahan rakyat di negeri itu dengan pelbagai syarat jika Kerajaan Persekutuan yang membinanya. Projek ini semua bagus untuk rakyat. 

Tapi bila politik "otak udang" maka rakyat tidak dapat menikmatinya...

Apabila trend ketat dan bonjol begitu popular!!

Di Eropah ada kempen tak pakai seluar sehari..



Hari ini fesyen nampaknya dunia paling cepat berkembang dan berubah. Apatah lagi dunia artis yang sering menjadi penyumbang gelombang fesyen. Fesyen dan gaya ketat adalah yang paling glamor sekarang. Kalau boleh yang ketat tu dapat membonjolkan semua yang ada dalam badan. 

Kalau yang perempuan tu faham-fahamlah mesti nak tonjol yang atas. Dan kini mereka rasa bangga kalau tonjolkan bentuk yang bawah. Kalau boleh mereka nak tunjuk bentuk "V" yang ada di depan dan bentuk "W" yang di belakang. 

Kalau lelaki sekarang trend baru ialah tunjuk kedudukan " Mr P" mereka. Macam tulah dunia sekarang. 

bila "V" dan "W" nak tunjuk

Bagus...trend.. nak tunjuk betapa tertutupnya di atas, tapi dia bawah sentiasa terbuka

artis pun ada....
Siapa tak mahu macam Kim Kardasian ni..


Lelaki pun bangga juga Trend tonjol ni. 
 
Kalau Perancis ada macam ini!

                    Malaysia ada bagaimana?


Tentulah "Hot" Macam ni...



gagah dan berani. Siapa ni yang gagah berjalan tanpa sakit belakang?