Sunday, 31 March 2013

BTN Hilang “taring” dominasi “Musang berbulu Ayam” merosakkan BTN?



Siapa tidak kenal BTN? Semua pasti tahu. Kalau kita “search” carian enjin dalam internet mengenainya berlambak-lambak info berkaitan yang dipaparkan mengenai BTN. Bagi pembangkang BTN dianggap sebagai 'sesi membasuh otak', pemupuk semangat perkauman, anjing BN dan lain-lain lagi. Pendek kata pembangkang yang marah sebenarnya terasa dengan “berkesannya” program BTN itu. Jika begitu tidak hairanlah suatu ketika pemimpin seperti Anwar Ibrahim, Tun Dr Mahathir, Tun Abdullah Badawi memanfaatkannya.

Apakah jadi sekarang mengenai BTN? Kalau dulu  pembangkang menyerang BTN habis-habisan sehingga diharamkan oleh negeri-negeri pembangkang. Namun kini BTN sebaliknya diserang sendiri oleh pejuang-pejuang BN dalam media dan blog-blog. Mengapa?

Mari kita lihat beberapa petikan yang saya dapat petik dari beberapa blog. Selepas itu kita nilaikan kenapa? . Apakah faktor agensi itu sendiri atau individu yang menjadi kepala kepada agensi itu? “Kalau tak ada angin bertiup, tak kan pokok bergoyang”


“Raja Arif,Ketua Pengarah BTN yang kerana tidak sampai sehari selepas artikel ini yang mendedahkan akan berlaku perubahan berasaskan Grand Design ABIM,hari ini telah dilaksanakan pertukaran dan perpindahan pegawai-pegawai Biro Tata Negara ke merata tempat dan negeri tanpa mengambil kira kesan-kesan terhadap keluarga yang mereka terpaksa tinggalkan serta factor-faktor lain demi untuk menjayakan rancangan membawa masuk kumpulan-kumpulan ABIM,akhirnya ramai kakitangan dan pegawai BTN menjadi mangsa kerakusan menunjuk kuasa oleh Raja Arif.”

“Kepada yang bukan ABIM nasib mereka tidak dibela oleh Raja Arif tetapi dari kalangan bekas ahli ABIM dinaikkan pangkat walaupun baru setahun berkhidmat dan sebagai contoh,Dr  Roslan dari ABIM yang telah telah disahkan oleh UMNO Perak sbg pengkhianat UMNO telah dinaikkan  gred 52 dlm tempuh 1 tahun”


Apa yg berlaku sekarang, Ketua Pengarah BTN Raja Arif boleh bertindak apa sahaja tanpa merujuk kepada Ahmad Maslan Timbalan Menteri yang bertanggungjawab dimana di waktu agensi sedang membuat plan taktikal membantu kerajaan menghadapi PRU13,BTN pula sedang sibuk membuat agenda sendiri.
Antara agenda ialah memastikan Ketua Pengarah BTN dipilih sebagai calon untuk bertanding di Parlimen Kuala Nerus dan sebab itulah Parlimen ini menjadi sasaran utama kumpulan gerak kerja BTN hinggakan untuk memastikan beliau mendapat sokongan, Puteri UMNO Bahagian ditaja tiket penerbangan manakala Ahli Jawatankuasa UMNO Kuala Nerus bergerombolan melawat Sabah serta Pemuda UMNO Bahagian pula ke Thailand dengan semua perbelanjaan ditanggung oleh BTN. Kenapa BTN double standard? Mengapa kepimpinan Bahagian Kuala Nerus sahaja yang dapat keistimewaan ini?
Manakala Raja Arif pula sedang bergerak khusus di Terengganu menyusun calon-calon khususnya kawan beliau daripada Angkatan Belia Islam (ABIM) dan ibu pejabat BTN dijadikan pusat himpunan anggota ABIM biarpun mereka tetap menyokong pembangkang namun atas nama ABIM,mereka ini boleh duduk bersama dan dibayar secara bulanan seperti Dr Wan Mohd Nor. Persoalannya atas geran manakah mereka ini dibayar gaji ataupun elaun?
Kumpulan ABIM yang sedang berdepan dengan masalah kewangan seperti Ustaz Zahidin Mahmud,Rosli Abdullah diberikan juga bayaran bulanan apabila mereka ini berhubung dengan Haji Hanafi,Timbalan Ketua Pengarah (Latihan).
Kesibukan Raja Arif dengan politik peribadi ini lah yang makin membuka peluang kepada Haji Hanafi dan Haji Mokhtar,Timbalan Ketua Pengarah (Pentadbiran) menyalur dana kepada rangkaian ABIM malah bukan sahaja dalam memberi kontrak dan menyediakan bahan-bahan BTN malah kini makin melonjaklah pula syarikat anak abah dalam BTN dan anak abah ini bukan sahaja dapat kenaikan Gred 52 secara tiba-tiba,suami kepada anak abah ini yang juga kakitangan BTN dan masih BTN menjadi antara kontraktor yang paling berjaya hasil hubungan anak abah dengan Haji Mokhtar.
Najib harus tahu bahawa Timbalan Menteri iaitu Ahmad Maslan yang bertanggungjawab menguruskan BTN telah gagal. Ketika seluruh pemimpin sedang fokus berfikir mencari kemenangan 2\3 untuk kerajaan dalam PRU13, Ketua Pengarah dan pengurusan BTN mengambil sikap sebaliknya.


Kemuncak panas menggaitkan BTN apabila artikel Dato’ Zaini Hassan, Ketua Penolong Pengarang Utusan menulis artikel bertajuk “Musang berbulu ayam dalam badan-badan strategic kerajaan?”.

Saya tidak hendak memberikan contoh yang lebih banyak, tetapi saudara perhatikanlah sendiri bagaimanakah ada agensi Kerajaan Persekutuan (dirahsiakan namanya) yang tugas pentingnya mempertahankan dasar-dasar kerajaan, memberi kefahaman kepada rakyat supaya akhirnya mereka memberikan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri, boleh pula menerapkan, menyerapkan malah menggunakan instrumen pembangkang yang berusaha mematikan Perdana Menteri





Mereka yang masih taat dan mendukung perjuangan petualang negara Anwar “ Mat King Leather” Ibrahim bukan sahaja bebas berkeliaran dalam, malah kini berada dalam kedudukan amat strategik, peringkat merancang dan pelaksanaan Dasar Kerajaan Persekutuan.


Tak payah kami ungkit cerita lama kerana kononnya cerita lama tidak releven. Tak payah kami cerita apa yang diperkatakan oleh sahabat atau pembantu dan penyokong lama BTN. Kami nak tanya mengenai dokumen-dokumen berikut:

Ini adalah risalah yang disebarkan oleh BTN dan disunting of Dato Sahlan Nasution, abang kepada Saifuddin Nasution yang bekerja di pejabat Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Abdul Razak.

Kenapa kontrak percetakan diberikan kepada Ilham Baru Publication Sdn Bhd yang berkongsi alamat dan tidak tolak kemungkinan mereka adalah kumpulan sama dengan anak syarikat IKD, Institiut Kajian Dasar yang diketuai oleh Khalid Jaafar dan dibiayai Kamaruddin Jaafar?



Bukan itu saja, kalau tindakan ini satu kesilapan bagi edisi pertama kita boleh toleransi. Kenapa masih diberi juga kepada syarikat rakan IKD yang sama pada penerbitan kedua setelah disedari?





Tentera upahan siapa? KSN mungkin tak tahu


Sama ada di blog atau FB, penyerang (dipercayai orang UMNO sendiri) yang mengkritik BTN, bukanlah menyerang BTN sebagai sebuah agensi, TETAPI lebih kepada menyerang individu tertentu iaitu Raja Arif selaku Ketua Pengarah, Haji Mokhtar selaku Timbalan Ketua Pengarah (Pentadbiran), Haji Hanafi selaku Timbalan Ketua Pengarah (Latihan) dan komplot ABIM yang masuk secara kontrak dalam BTN dengan gred gaji yang tinggi, sehingga mengenepikan PEGAWAI dan SAHABAT BTN sendiri.


Biro Tata Negara “Kehilangan Tentera” dalam Gerak Saraf

BTN adalah anggota “Majlis Gerak Saraf” Kerajaan yang di ketuai oleh Majlis Keselamatan Negara bersama agensi lain seperti Bahagian Penyelidikan Negara, JASA (Penerangan), Kemas (KKLW), PDRM, MIO, FELDA, dan lain-lain lagi. Pada zaman Tun Mahathir BTN merupakan antara “lead agensi” yang membuat laporan perisikan terus kepada Perdana Menteri mengenai tahap sokongan rakyat kepada kerajaan. Apakah BTN pada kepimpinan Raja Arif memberi laporan yang baik? Dengarnya dalam satu mesyuarat Gerak Saraf Perang Saraf negara hanya BTN sahaja yang tidak dapat memberi laporan tahap sokongan rakyat kepada kerajaan berbanding agensi lain yang dapat berbuat demikian. Kenapa?

Ketika ledakan maklumat penggunaan internet dan blog- BTN telah dapat bersama-sama menggerakkan penyebaran melalui web bermula tahun 2000. Ketika pembangkang menguasai medan penyebaran info melalui web, pejuang-pejuang BTN telah memasuki pentas itu bersama pejuang lain yang masih wujud sehingga sekarang. (tak perlu sebut). BTN pernah mendahului dari agensi lain…Kenapa?

Ketika kerajaan berhadapan dalam PRU demi PRU dan Pilihanraya kecil, penggerak-penggerak BTN penyumbang yang sangat besar. Mereka dihormati dan digeruni oleh rakan-rakan agensi. Laporan mereka lebih ‘fresh’, tepat dan cepat. Tapi sekarang?

BTN cuba mengasingkan diri malah dilihat anti ‘lead agensi’. meeting penting lead agensi BTN hanya menghantar wakil pegawai gred 41 malah lebih malang Abu Nawas BTN iaitu Timbalan Ketua Pengarah Latihan yang menjadi co ordinator Himpunan ABIM dalam BTN telah merendahkan pegawai-pegawai yang bersemangat untuk membantu PRU13 mengeluarkan kenyataan “KITA BTN TAK PERLU TERBABIT DALAM PRU”. Apa makna semua ini sedangkan dalam masa yang sama Abu Nawas ini sedang memperkukuhkan BTN seakan-akan selepas ini BTN akan menjadi `lead agensi; sebagai badan usrah kepada ABIM khususnya anggota-anggota ABIM dalam perkhidmatan awam. Satu isyarat kepada kerajaan apa yang sedang berlaku di dalam BTN.

BTN sudah “Kehilangan Tentera” dalam Gerak Saraf dan Perang Saraf. Pejuang-pejuang sama ada dibuang atau telah berpindah ke tempat lain membawa idea mereka sekali. Tidak percaya cuba senaraikan pegawai BTN dan tenaga pengerak BTN yang benar-benar berpengetahuan mengenai Gerak Saraf, mahir dalam blog/web, design, kepakaran dalam video dan lain-lain. Anda akan terkejut bilangannya sangat sedikit. Setakat Panglima Perang Cyber yang dilantik menjadi pegawai BTN tentu belum cukup. Kita pun tahu latarbelakangnya siapa. Dipungut dari mana..
Pegawai yang tak pandai buat blog mengaku hebat pun ramai. Tentera-tentera ini sekarang bukan menjawab isu pembangkang yang berbangkit, tetapi sibuk menjawab isu KetuaPengarahnya sebagai orang ABIM, orang Anwar dan bermacam-macam lagi.
Lihat sekarang pejuang-pejuang lama BTN diluar BTN yang sekarang jauh lebih kedepan menentang pembangkang dan Anwar Ibrahim. Saya boleh senaraikannya tetapi demi keselamatan biarlah mereka terus hidup. Mereka hidup demi kerajaan, bangsa dan agama. Bukan demi untuk Raja Arif dan kumpulannya.
BTN sekarang melahirkan “tentera kosong atau tentera zombie" yang mereka ini datang bekerja jam 8.00 pagi dan balik jam 5.30 petang. Hujung bulan mereka menerima gaji. Di tambah tentera zombie dari ABIM yang kita pun tahu gerak kerja mereka bagaimana. Bayangkan pegawai yang kerjanya mengampu dan nak mati kerana Leukimia pun boleh mengganggap hebat untuk sebuah blog yang baru wujud dua hari bagi mempertahankan KP BTN. Bukan untuk negaranya. Apatah lagi sebuah blog yang menggelarkan dirinya sebagai Panglima Cyber, pembela ketuanya. Untuk ini blog di cipta? Menyelamatkan bosnya?
Apa jadi BTN sebagai badan yang disalur dana penting kerajaan?
BTN adalah agensi selain mendapat dana peruntukan biasa tetapi antara angensi mendapat dana khas rahsia kerajaan tanpa di audit oleh kerajaan.  Ramai pegawainya, dan penggeraknya di bayar gaji melalu dana ini. Begitu juga program sulitnya. Suatu ketika disebut ”T_R”. Semua aktiviti rahsianya dibiayai oleh dana ini. 
Apakah akan terjadi sekiranya Ketua Pengarahnya asyik memberi dana ini kepada ABIM dan lain-lain lagi. Membayar gaji kepada pegawai-pegawai pro ABIM. Bagaimana ia disalurkan kepada pihak-pihak tertentu yang menguntungkan kumpulan Anwar Ibrahim tentu amat membahayakan. Bagaimana pula jika penyebaran risalah BTN jika menggunakan alamat IKD melalui bajet ini? atau pembelian buku-buku kumpulan ABIM. seperti tulisan sanggah tok janggut;
Raja Arif ini ...proses mengABIMkan BTN tetap giat dan berjalan aktif seperti biasa dengan pengedaran buku-buku tulisan karyawan ABIM,penganjuran majlis-majlis bersama dengan pemimpin ABIM dan gerakan Usrah setiap Selasa di Rumah Meranti milik BTN. PM Najib boleh mengarahkan orang-orang yang beliau percaya untuk sesekali jenguk di Rumah Meranti itu pada setiap malam Selasa itu dan dapatkan laporan apa pengisian dalam majlis tersebut..
Buku ini di edarkan kepada semua pegawai BTN semasa perjumpaan Pegawai BTN Seluruh Malaysia. Penulis buku ini dari ABIM hadir sendiri memberikan tazkirah Subuh di Bellamy, yang dihadiri oleh Raja Arif, Hanafi dan semua pegawai.
Gerakan politik kumpulan mereka ini tetap berjalan melalui BTN Swasta pimpinan Ahmad Fairuz dan seorang bekas Kapten dengan peruntukan yang tidak diumumkan dalam mesyuarat pengurusan malah pihak Pengarah Negeri sendiri terpaksa akur dan patuh dengan kekuasaan yang di anugerahkan oleh Raja Arif kepada Ahmad Fairus dan apa sahaja maklumat politik dari negeri-negeri perlu melalui tapisan dan sekatan Ahmad Fairus dan mana-mana Pengarah BTN Negeri yang ingkar, pastinya akan dilabel penentang dan musibah bakal menunggu mereka.
Apakah sekarang dana ini akan disalur untuk perisikan di kawasan-kawasan yang KP BTN mahukan? Atau Ahmad Fairuz yang sejak dulu mengetahui dana ini telah sewenang-wenangnya menggunakan untuk kumpulan mereka dalam BTN?
BTN bukan lagi pusat Penggerak Mahasiswa kampus
BTN sangat gemilang pada zaman penguasaan kampus di bawah tangannya. Kerjasama dengan pelbagai agensi seperti Kementerian Pengajian Tinggi, IPTA/S dan Persatuan Mahasiswa. BTNlah antara penyumbang kemenangan mahasiswa aspirasi dalam negara tahun 1990an. Sebab apa? mereka ada pejuang yang ikhlas di depan. Begitulah yang kita dengar sejak dulu. Mereka juga ramai “Kader” yang sekarang ini sudah bertebaran dalam agensi perkhidmatan awam dan sector swasta.
Sekarang?...
BTN sangat lemah. BTN di bawah KP, Raja Arif hanya asyik dengan sentimen Gagasan 1 Malaysianya, menukar logonya menjadi pelik dan cakap meleret tak ada hala tuju dalam ceramahnya. Najib harus tahu bahawa Timbalan Menteri iaitu Ahmad Maslan yang bertanggungjawab menguruskan BTN telah gagal. BTN hanya berkiblatkan Setiausaha Politik PM, Sahlan abang saifuddin Nasotion tu.  Ketika seluruh pemimpin sedang fokus berfikir mencari kemenangan 2\3 untuk kerajaan dalam PRU13, Ketua Pengarah dan pengurusan BTN mengambil sikap sebaliknya. Apakah Ketua Pengarah seperti ini sesuai memimpin agensi penting ini? menghabisan masa keliling Malaysia menjelaskan dasarnya kenapa buang dan pindahkan pegawai dari menjelaskan 'Anwar musuh negara".
Menang PRU kena tukar semua mereka. Kalau mahu kerajaan kembali dalam landasannya. Jika tidak TUTUP SAHAJA BTN ni.

 lain-lain kena baca

BTN- sampai bila mahu pejamkan mata dan pekakkan telinga?

Raja Arif- akhirnya `kulluhum ajmainn’ makan diri..!

Apa kes BTN lagi ni, Ahmad Maslan?


No comments:

Post a Comment