Kalau nak ikut gaya orang politik nak dapat sokongan, kadang yang menjadi mangsa adalah rakyat. Gaya politik "Otak Udang" ni memang tidak menguntungkan rakyat. Kalau kerajaan BN yang bina projek pembangunan mereka kata membazirlah, semua kronilah dan macam-macam lagi. Bila bina jambatan dan jalan maka gaya politik "Otak Udang" inilah yang mengkritik projek berkenaan.
Kalau projek di Negeri Pembangkang pun begitu... Penyokong BN pula ada politik "Otak Udang". sebenarnya yang mereka bising-bising ni sebab mereka tak dapat projek tu. Kalau mereka yang dapat maka mereka pertahankan projek. Misal contoh, projek pembinaan tiga lebuhraya dan sebuah terowong dasar laut menghubungkan Persiaran Gurney dan Bagan Ajam Penang. LGE beri pada syarikat Bumiputera juga.
Ujarnya, setelah berjaya memperolehi projek pembinaan tiga lebuhraya dan sebuah terowong dasar laut menghubungkan Persiaran Gurney dan Bagan Ajam melibatkan peruntukan RM6.3 bilion tidak sepatah pun keluar perkataan dari mulut Lim bertanyakan latar belakang politiknya.
"Ketua Menteri tak tanya pun siapa dan latar belakang politik saya kerana yang dia mahu ialah syarikat boleh buat kerja tidak tipu dan beramanah serta mampu laksanakan projek sehingga berjaya hatta dengan syarikat gabungan mana sekali pun," tegasnya sewaktu diberikan peluang berucap sekaligus mengenepikan tohmahan yang dilemparkan oleh sesetengah pihak dalam program taklimat kepada awam di Dewan Besar Sungai Dua pagi tadi.
Sambungnya, tiada masalah apabila sebuah syarikat bumiputera diberikan mandat sebegitu dan terpulang pada syarikat untuk bergabung syarikat lain asalkan ia menunjukan prestasi dan kejayaan yang baik.
BUCG jelasnya, adalah sebuah syarikat pembinaan terbaik dari Negara China di mana syarikat berkenaan berjaya membina Stadium Olimpik di China, lebuhraya dan sebagainya.Lagipun sambungnya, kerja-kerja pembinaan itu nanti akan memberikan peluang kepada kontraktor di negeri ini yang dilihat berkemampuan.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang pula misalnya, janganlah pula menggagalkan projek "Double Tracking" dan projek perumahan rakyat di negeri itu dengan pelbagai syarat jika Kerajaan Persekutuan yang membinanya. Projek ini semua bagus untuk rakyat.
Tapi bila politik "otak udang" maka rakyat tidak dapat menikmatinya...
No comments:
Post a Comment